Nokia Sedang Bersedia Kembali ke Arena Peranti Mudah Alih

Jenama nokia akan mengeluarkan peranti Android menemui sedikit sahaja lagi untuk menjadi realiti.

HMD Global, satu syarikat baru dari Finland telah menandatangani pada bulan Mei yang lalu perjanjian lesen eksklusif untuk jenama Nokia, telah mengumumkan pada Isnin lalu melantik Pekka Rantala sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Rantala sebelum ini adalah CEO kepada syarikat permainan popular “Angry Bird” iaitu Ravio.

Seperti yang kita tahu, Nokia adalah jenama yang sangat popular satu ketika lalu sebelum kemunculan iOS dan Android yang sedang mengawal pasaran peranti mudah alih. Firma dari Finland itu, mempunyai rekod kejayaan yang hebat pada era 90-an hingga awal 2000, akan tetapi setelah memilih untuk menggunakan OS dari Microsoft iaitu Windows Phone OS telah membuatkan jenama ini jatuh disebabkan kehebatan iOS dan Android.

Microsoft telah membeli bahagian mudah alih dan peranti syarikat ini pada tahun 2014, tetapi sejak itu ia menjauhkan lagi jarak dengan peranti lain dalam bersaing di arena mudah alih. Mereka bergelut untuk mendapatkan tarikan pengguna terhadap peranti dan OS mereka.

Nokia masih lagi wujud diluar sana tetapi mereka hanya memfokuskan kepada perniagaan peralatan rangkaian telekomunikasi.

HMD Global, di ketuai oleh bekas Eksekutif Nokia dan Microsoft, Arto Nummela, sekarang telah mengawal jenama peranti Nokia untuk 10 tahun akan datang. Ia akan menggunakan pengkongsian pembuatan dengan anak syarikat Foxconn iaitu FIH Mobile untuk menghasilkan pelbagai peranti Android dibawah jenama telefon pintar dan tablet Nokia dan merancang untuk melabur $500 juta dalam memasarkan peranti tersebut.


Tiada lagi butiran terperinci di umumkan buat masa sekarang. Setelah bertahun bergelut untuk keluar dari tempat persembunyian untuk masuk semula ke dalam arena peranti mudah alih, tetapi ia telah menampakkan bahawa Nokia dan Android akan bergabung bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: