Anugerah EISA : Huawei P9 gah di eropah

European Imaging and Sound Association (EISA) telah mengumumkan Anugerah Peranti Mudah Alih Terbaik tahunan yang menampakkan penguasaan dari jenama yang telah biasa merebut untuk hadiah kali ini.


Pada kali ini Huawei P9 telah menjadi Peranti Terbaik Pilihan Pengguna Eropah pada tahun 2016-2017 mengekalkan penguasaan selepas Huawei P8 pada tahun lepas. Kombinasi rekaan yang cantik, elegan dengan bahan binaan yang hebat di perkasa inovasi kamera yang lebih bagus membuatkan Huawei mengatasi pencabar yang lain. Samsung Galaxy S7/S7 Edge pula menang bagi kategori Kamera Peranti Terbaik. Ia tidak dapat dinafikan dengan teknologi Dual Pixel dan Aperture f/1.7 membuatkan peranti ini sukar dicabar bagi bahagian kamera.


CoolPad Torino telah menjadi Peranti Bajet Terbaik di Eropah. Coolpad Torino mengalahkan semua dalam telefon pintar Bajet Eropah untuk musim ini. Coolpad telah bertapak dalam pasaran EU dan semakin berkembang menjadikan peranti beharga € 200 pilihan juri.


Satu lagi jenama dari Korea , LG telah memenangi bagi kategori Peranti Inovasi di Eropah. Rekaan bold yang membawa fungsi modular telah membuatkan peranti itu menjadi pilihan. Bagi HTC setelah lama menyepi dari bersaing hebat di arena flagship , akhirnya model terbaru dari mereka HTC 10 telah memenangi Produk Maju di Eropah. Ia dipilih disebabkan pakej yang lengkap ; 5.2 inci skrin IPS QHD SuperLCD5, Snapdragon 820 dengan 4GB RAM, 12 MP dengan Ultrapixel beserta OIS dan kamera hadapan juga da OIS, 3000mAh dengan pengecasan pantas 3.0, dan menyokong 24-bit hi-res audio. 


Akhir sekali, HTC mendapat lagi anugerah , kali ini kategori VR Terbaik iaitu HTC Vive dan Garmin Fenix 3 HR memenangi kategori  Peranti Gunapakai Terbaik di Eropah.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s