Xiaomi Mi Band 2 telah dilancarkan

on

Xiaomi telah melancarkan peranti boleh pakai mereka yang terbaru iaitu, Xiaomi Mi Band 2. Peranti ini adalah generasi baru selepas Mi Band dan Mi Band Pulse. Ia boleh mengesan jejak langkah, memantau kadar jantung dan buat pertama kalinya mempunyai paparan LCD kecil.


Menurut Xiaomi, mereka telah menjual lebih daripada 20 juta peranti boleh pakai yang telah menjadikan syarikat itu kedua terbesar dalam arena peranti kesihatan dibelakang Fitbit. Seperti produk yang lain, Xiaomi dapat menguasai pasaran dengan strategi harga yang sangat agresif.

Mi Band 2 ini lebih mahal daripada model terdahulu, tetapi agak mewah fungsinya. Terdapat paparan kecil hitam putih memaparkan waktu, pengiraan jejak langkah, kesan jarak dan mengira kalori. Ia juga boleh digunakan untuk mengesan waktu tidur.

Yang paling menarik , Xiaomi telah meminjam ciri-ciri popular Apple Watch. Jika kamu duduk terlalu lama, Mi Band 2 akan bergetar untuk mengingatkan agar kita bergerak.

Jika mempunyai telefon pintar Xiaomi , telefon itu boleh mengesan jika ia telah menyambung dengan Mi Band 2, jadi tak perlu lagi memasukkan kod keselamatan sendiri. Jika seseorang telah mencuri telefon dan Bluetooth dinyahsambungkan, kos keselamatan akan diaktifkan.

Peranti ini dilengkapi Bluetooth 4.0 dan bateri yang mampu bertahan selama 20 hari. Mempunyai ketahanan kalis air dan badan silikon yang boleh ditukar. Xiaomi akan mula menjualnya di China pada 7 Jun ini dengan harga CNY 149 (RM 94).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s