Zenfone 3 diumumkan oleh Asus

Hari ini Asus telah mengumumkan generasi baru Zenfone mereka yang terdapat 3 variasi iaitu Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe dan Zenfone 3 Ultra.


Zenfone 3 adalah versi asas di antara 3 variasi yang hadir. Tubuh peranti ini diperbuat dengan bingkai aluminium dan diliputi kaca 2.5D Corning Gorilla Glass di bahagian hadapan dan belakang. Mempunyai skrin 5.5 inci dengan resolusi 1080p dengan paparan Super IPS+ dengan 500 nit kecerahan dan 77.3% ratio skrin pada badan peranti. Kamera peranti ini adalah 16MP dengan Asus Tritech autfokus yang menggabungkan generasi kedua autofokus yang mencapai fokus sepantas 0.03 saat.

Cip pemprosesan yang digunakan adalah Snapdragon 625 dengan 4GB RAM dan juga menyertai pengimbas cap jari di bahagian belakang.


Zenfone 3 Deluxe pula adalah model peranti flagship daripada Asus. Keseluruhan peranti ini diperbuat daripada logam dengan talian antena yang tidak dapat dilihat dan 4.2mm potongan tepi. Dilengkapi skrin 5.7 inci paparan Super AMOLED dengan 100% warna gamut NSTC dan 79% ratio skrin pada badan peranti.

Peranti ini menjalankan Snapdragen 820 dengan 6GB RAM. Pada bahagian kamera pula sebesar 23MP dengan sensor dari Sony IMX 318 dengan 4-axis penstabilan imej optikal, juga menyokong 4K video dan sistem autofokus yang sama seperti Zenfone 3 iaitu Asus Tritech autofokus.

Menggunakan penyambung USB Type-C dengan menyokong pengecasan pantas 3.0 . Terdapat juga pengimbas cap jari dibahagian belakang dan juga terdapat 5 magnet speaker dan menyokong Hi-Res Audio.


Terakhir sekali sadalah Zenfone 3 Ultra , mempunyai saiz skrin yang besar 6.8 inci dengan paparan 1080p menyokong 95% warna gamut NSTC, 79% ratio skrin pada badan peranti dan teknologi yang Asus panggil Truelife+ Video yang digunakan untuk prosesor imej paparan video 4K-UHD gred-TV. Peranti ini juga mempunyai 2 set 5 magnet speaker , menyokong Hi-Res audio, dan peranti pertama mempunyai virtual 7.1 saluran surround bunyi dengan DTX Headphone.

Zenfone 3 Duluxe juga boleh menggunakan 1.5A pengecas. Terdapat pengimbas cap jari dibahagian hadapan dan badan logam sepenuhnya dengan antena talian yang tidak dapat dilihat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s