Hazard: Hampir 100% saya akan kekal di Chelsea

Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard mahu terus kekal di Stamford Bridge, tetapi tidak akan membuat keputusan masa depannya bersama Chelsea sehingga berakhirnya Euro 2016.


Pemain berusia 26 tahun itu, masih bertahan bersama kelabnya di musim yang sukar pada 2015-16, telah membuat 25 penampilan Liga Perdana dan menjaringkan 4 gol berbanding 14 gol di dalam 38 penampilan pada musim 2014-15.

Spekulasi semasa menyatakan dia mungkin boleh bersedia menamatkan tempoh 4 tahun bersama kelabnya, untuk bersama bekas pengurusnya Jose Mourinho yang menyatakan minat untuk membawanya ke Manchester United.

Walaubagaimanapun, Hazard kelihatan berminat untuk kekal dan telah bercakap secara ringkas dengan pengurus baru Chelsea Antonio Conte, dengan dua kali pertemuan secara berdua pada 13 Jun semasa Belgium mengalahkan Italy di dalam pembukaan Kumpulan E.

“Kami telah bercakap bersama sekejap.” kata pemain antarabangsa Belgium itu.

“Kami hanya mengatakan kami akan bersalaman selepas tamat perlawanan(Belgium vs Italy), ia semudah itu.”

“Dan sudah pasti , buat masa sekarang ya, ia bermakna saya akan kekal,”

“Tetapi di dalam bolasepak kita tak pernah pasti apa-apa yang berlaku. Saya tidak beritahu kamu, ya saya 100% dan esok saya meninggalkannya, itu tidak baik. Kita tak tahu.”

“Buat masa sekarang saya hanya fokus pada Euro dan saya membuat persediaan utk itu, kemudian saya akan memikirkan tentang Chelsea.”

Hazard adalah kapten Belgium pada Euro 2016 menggantikan Vincent Kompany yang masih dalam kecederaan. Beliau juga mendedahkan merasa sukar untuk meninggalkan Chelsea di belakang selepas kempen musim yang mengecewakan.

“Untuk kepastian, ia akan menyulitkan saya untuk meninggalkan seperti ini, selepas musim yang sukar,” katanya

“Saya mahu berakhir di Chelsea, buat masa sekarang saya boleh katakan hampir 100% (untuk kekal).”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: