Samsung Galaxy C5 diumumkan secara rasmi di China

Setelah beberapa khabar angin tentang peranti Samsung yang menawarkan keluarga baru iaitu Galaxy C , akhirnya telah di umumkan secara rasmi di China. Peranti ini membawa spesifikasi pertengahan tapi dengan ciri-ciri mewah.


Samsung Galaxy C5 sebuah peranti logam yang lansing dengan ketebalan 6.7mm. Ia mempunyai skrin sebesar 5.2 inci Super AMOLED dengan resolusi HD penuh 1080p dan menjalankan Android 6.0 Marshmallow. Butang tengah pula terdapat pengimbas cap jari.

Peranti ini mempunyai kamera yang lebih baik daripada Samsung Galaxy A5 (2016) , dengan 16MP , f/1.9 aperture di bahagian belakang dan 8MP f/1.9 aperture di bahagian hadapan untuk selfie. Cip pemprosesan yang digunakan sama iaitu Snapdragon 616 dengan lapan teras Cortex-A53 dan GPU Adreno 405. Mempunyai kapasiti bateri 2600mAh.

Galaxy C5 disertakan ruang simkad hibrid iaitu anda boleh memilih satu ruang untuk memasang memori kad ataupun simkad kedua. Memori kad boleh di tambah sehingga 128GB. Tambahan pula ia menyokong rangkaian 4G LTE , Wifi a/b/g/n, bluetooth 4.2 dan NFC yang menyokong Samsung Pay.

Jika anda berada di China , anda boleh membuat pra tempahan untuk model 32GB dengan harga CNY 2200 (RM1366) dan untuk versi 64GB dengan harga CNY 2400 (RM1490). Kedua-dua versi mempunyai 4GB RAM.

Pasti ramai akan mengatakan rekaan peranti ini sama seperti iPhone 6/6 plus. Walaubagaimanapun, ia tetap peranti daripada Samsung. Buat masa sekarang untuk pasaran luar dari China masih perlu menunggu. Berkenaan Samsung Galaxy C7 masih tidak diumumkan apa-apa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: