ZTE Axon 7 di lancarkan

Sebelum ini ZTE telah melancarkan beberapa peranti dari keluarga Axon. Peranti dari kelurga Axon itu mempunyai ciri-ciri yang mewah dan spesifikasi tinggi. Semalam syarikat yang berpangkalan di China itu telah melancarkan satu lagi peranti baru dari keluarga Axon iaitu ZTE Axon 7.


ZTE Axon 7 ini datang dengan spesifikasi tinggi seperti model yang sebelum ini. 

Peranti ini sangat cantik dengan rekaan logam dengan dimensi 151.8 x 75 x 8.7 mm dengan berat 185g. Terdapat dua pilihan warna iaitu emas dan perak. Dikatakan harganya mampu memberi saingan dengan yang lain.

Didatangi dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi 2560 x 1440 Quad- HD kepadatan pixel 538ppi. Menggunakan skrin jenis AMOLED. Di lindungi dengan kaca 2.5D Corning Gorilla Glass 4.

Peranti ini juga menggunakan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 820 dengan GPU Adreno 530. Selain itu ia disokong dengan rangkaian LTE Cat. 6 dan juga VoLTE. 

Bateri peranti ini sebesar 3140mAh yang tidak boleh ditanggalkan dan disokong pengecasan pantas 3.0. Terdapat dua pilihan memori dalaman dan RAM pada peranti ini , 64GB dengan 4GB RAM dan 128GB dengan 6GB RAM. Kedua-dua variasi ini menyokong memori tambahan. Hal ini membuatkan anda tak perlu risau lagi untuk bermain permainan yang besar dan menyimpan data di dalam telefon anda.

Pada bahagian kamera pula dilengkapi 20MP dengan aperture f/1.8 dengan sensor dari Samsung iaitu Isocell sensor. Kamera juga dilingdungi dengan kaca Sapphire dan mempunyai penstabilan imej (OIS) , EIS dan PDAF dengan gelung tertutup VCM untuk menambah baik autofokus. Kamera ini juga boleh merakam video resolusi 4K. Mempunyai dua LED berkembar dan 8MP pada kamera hadapan.

Diberitahu juga bahawa peranti ini mempunyai pembesar suara yang sangat baik. Jelas menunjukkan ia menggunakan cip audio AKM 4461 + 4490 , dua pembesar suara dan menyokong Dolby Atmos untuk bunyi yang lebih baik. Peranti ini juga mempunyai kebolehan yang baik untuk merakam audio dengan Dimensional dan Omni Direction rekod. Selain itu, tidak ketinggalan juga terdapat pengimbas cap jari dan USB Type-C yang melengkapi ciri-ciri masakini bagi peranti spesifikasi tinggi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: