Cristiano Ronaldo mahu kekal di Real Madrid

on

Pemain yang tiga kali di nobatkan pemain dunia sepanjang tahun  , Cristiano Ronaldo menegaskan keinginannya untuk kekal di Sepayol bersama kelab gergasi Real Madrid. Kontraknya bersama Real Madrid akan berakhir pada tahun 2018 nanti.


“Ia sangat jelas saya mahu kekal di sini, saya mahu menyambung di sini,” beritahunya kepada Stesyen televisyen Sepayol La Sexta pada Rabu semalam.

Ronaldo mempunyai rekod kejayaan yang menakjubkan di Real Madrid sejak menyertainya sebelum ini dengan rekod perpindahan termahal di dunia £80 juta (RM477.5 juta) dari Manchester United pada tahun 2009.

Permain Portugal itu telah memecah rekod kelabnya dengan menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa dengan jaringan sebanyak 364 gol di dalam 347 perlawanan yang membolehkan di tahtakan sebagai pemain terbaik dunia 2013 dan 2014.

Bagaimanapun, dengan berbaki dua tahun lagi kontrak bersama kelabnya, pemain berusia 31 tahun itu telah di khabarkan akan berpindah secara percuma ke kelab Juara Perancis , Paris Saint-Germain atau kembali ke Manchester United.

“Mereka boleh lupa semua orang kerana Real Madrid adalah yang terbaik. Itu sangat mudah,” tambah Ronaldo lagi.

“Terdapat banyak detik baik dan buruk … Itulah kehidupan. Sekarang saya gembira dan mahu menyambung untuk bersama kelab kerana saya tidak melihat kelab lain yang lebih baik dari Real Madrid.”

“Jika kamu melihat semuanya berat , kamu tak akan nampak yang lain lebih baik,”

Stesyen radio Sepayol Cadena SER melaporkan ada perbincangan baru untuk Ronaldo akan di umumkan dalam masa terdekat ini di minggu hadapan selepas Real Madrid bertemu Atletico Madrid pada Sabtu di final Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya rasa ia perlu bijak berpindah dari Real Madrid.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s