Liverpool tandatangan penjaga gol Mainz 05 Karius

Liverpool telah menandatangani penjaga gol Jerman bawah 21, Loris Karius daripada Mainz 05 pada hari Selasa lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £4.7 juta (RM28.22 juta).

Karius telah bersetuju dengan kontrak 5 tahun bersama kelab England dan akan memberi persaingan yang kuat kepada penjaga gol utama Liverpool Simon Mignolet.


Pemain berusia 22 tahun itu mendapat jersi no 1 dengan kebenaran dari pengurus Liverpool Jurgen Klopp, di samping kesilapan no jersi pada Mignolet yang di pakai sekarang adalah no 22.

Karius adalah bekas pemain remaja dari Manchester City yang bermain di sana selama 2 tahun sebelum kembali ke Jerman pada tahun 2011. Karius akan memberi pesaingan yang kuat kepada penjaga gol Belgium, Mignolet yang mana posisinya tidak pernah digugat sejak tiba ke kelab itu 3 tahun lalu dengan beberapa prestasi yang meyakinkan.

Selepas membuat 34 penampilan di Bundesliga pada tahun lepas, dengan 9 tanpa bolos telah membantu Mainz 05 menduduki tangga no 6 liga. Karius yakin untuk menyertai Liverpool setelah bercakap dengan kawan-kawan Klopp di Jerman.

” Ia satu perasaan yang baik dan ia adalah penghormatan untuk bermain di kelab seperti ini.”, berkata Karius di website Liverpool.

” Saya tahu banyak tentang kelab ini dari menonton mereka di TV. Sejarah! setiap yang bermain bola akan tahu. Terdapat banyak perkara di dalam kepala saya bila memikirkan tentang kelab ini.”

“Saya bercakap dengan pengurus dan saya rasa perasaan yang baik selepas itu kerana dia memberitahu saya apa yang dia mahu buat untuk kelab ini dengan pemainnya.”

“Ia sesuatu yang baik apabila bercakap dengannya dan selepas itu, saya yakin ini adalah keputusan yang betul.”

Karius adalah pemain ketiga yang ditandatangani sejak Klopp mengambil alih pada bulan Oktober, membuat perjanjian secara selamat pada bulan Januari dengan pertahanan tengah Schalke , Joel Matip dan pemain tengah Red Star Belgrade Marko Grujic, yang mana kedua-dua pemain ini akan tiba di Anfield pada lewat akhir musim  ini.

“Saya gembira , kami telah menandatangani Loris, dia mempunyai musim yang hebat dengan Mainz 05 dan menjadi penjaga gol yang sangat baik sejak kembali ke Jerman,” kata Klopp.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya membawanya dengan cepat dan Loris menunjukkan keinginan untuk datang ke Liverpool walaupun banyak kelab yang berminat dengannya.”

“Saya tahu dia akan menaikkan quality apa yang ada di posisi itu.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s