Copa Amerika akan menggunakan Teknologi Hawk-Eye

on

Teknologi Hawk-Eye akan digunakan untuk membuat keputusan sama ada bola melepasi garisan gol  pada edisi Copa Amerika kali ini di USA, kata jawatankuasa pertandingan pada Rabu semalam.


Syarikat British yang menyediakan sistem berasaskan kamera itu, telah digunakan pada pertandingan tenis dan kriket dan juga di final Piala Dunia 2014 di Brazil, akan memasang di 10 stadium yang menganjurkan pertandingan bola yang tertua itu.

Hawk-Eye juga telah digunakan semasa Piala Dunia Wanita 2015 dan beberapa liga terbaik dunia dan persatuan termasuk UEFA, Liga Perdana Inggeris dan Bundesliga Jerman.

System ini akan menggunakan 7 kamera untuk mengesan bola, dan memberi isyarat kepada pengadil melalui getaran pada peranti setelah gol di jaringkan. Pengadil masih dibantu oleh pembantu pengadil tambahan.

Copa Amerika adalah 16 pasukan daripada Amerika Selatan akan di bahagikan kepada 4 kumpulan dan diadakan buat pertama kali di luar kawasan Amerika Selatan.

Pasukan tuan rumah USA akan memulakan dengan perlawanan dari kumpulan A bertemu dengan Columbia di Stadium Levi’s di Santa Clara, California pada 3 Jun nanti.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 26 Jun di Stadium Metlife di East Rutherford, New Jersey.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s