Teves terlepas beraksi di Copa Amerika

on


Argentina tidak menyenaraikan pemain berpengalaman mereka dari Boca Juniors Carlos Teves dari skuad Copa Amerika yang akan berlangsung di USA pad bulan hadapan.

Teves telah membantu Boca Junior hingga ke semi final Copa Libertadores, tidak disenaraikan 23 pemain skuad Argentina yang di diumumkan. Ia telah di umumkan oleh Jurulatih  Argentina, Gerardo Martno pada jumaat untuk pertandingan yang berlangsung pada 3-25 Jun nanti.

Skuad Argentina dibarisi penyerang Gonzalo Higuain dari Napoli dan Sergio Aguero dari Manchester City. Oleh itu, Teves dianggap sebagai lebihan penyerang walaupun beliau adalah sebahagian daripada skuad Copa yang lepas di Chile.

Antara pemain yang terlepas peluang untuk beraksi ialah pertahanan tengah Rosario Central, Javier Pinola yang terlah cedera di bahagian kaki ketika beraksi di perlawanan Copa Libertadores minggu lalu dan pertahanan kanan Manchester City, Pablo Zabaleta selepas membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pada ankelnya yang bermasalah.

Pemain Independiente, Victor Cuesta pemain pertama yang di panggil menggantikan Pinola.

Kapten Argentina, Lionel Messi mensasarkan kejayaan pada edisi kali ini selepas gagal pada Piala Dunia 2014 di Brazil selepas kalah kepada Jerman dan disingkir di Copa Amerika 2015 oleh pasukan tuan rumah Chile dengan penalti.

Copa Amerika adalah pertandingan untuk negara di Benua Amerika yang dimenangi pada edisi pertama di Buenos Aires pada 1916 oleh pasukan Uruguay. Uruguay memegang rekod pasukan paling banyak memenangi dengan 15 kali ketinggalan 1 kali oleh Argentina.

Pertandingan ini disertai 6 pasukan dari CONCACAF yang terdiri daripada Utara dan tengah Amerika. Selain itu , Carribbean juga di senaraikan yang melengkapkan 16 pasukan.

Argentina disenaraikan di dalam kumpulan D bersama Chile, Bolivia dan Panama.

Skuad Argetina : 

Penjaga Gol : Sergio Romero (Manchested United) , Nahuel Guzman (UANL Tigres) , Mariano Andujar ( Estudiantes)

Pertahanan : Nicolas Otomendi (Manchester City) , Victor Cuesta (Independiente) , Marcos Rojo (Manchester United) , Facundo Rocaglia (Fiorentina) , Ramori Funes Mori (Everton) , Gabriel Mercado dan Jonathan Maidana (River Plate)

Tengah : Javier Mascherano (Barcalona) , Lucas Biglia (Lazio) , Martias Kranevitter dan Augusto Fernandez (Atletico Madrid) , Ever Banega (Sevilla) , Angel de Maria dan Javier Pastore (PSG) , Erik Lamel (Tottenham Hotspur)

Penyerang : Lionel Messi (Barcalona) , Sergio Aguero (Manchester City) , Gonzalo Higuain (Napoli) , Ezequiel Levezzi (Hebei Fortune) , Nicolas Gaitaj (Benfica)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s