Bakal Ibu Ketagih Memakan Buih ketika Mengandung

Seorang bakal ibu yang menjadi ketagih untuk memakan buih semasa mengandung dan mengatakan bahawa memakan sabun lebih bagus dari hubungan seks.


Zoe Eastman menegaskan bahawa merendam di dalam tab mandi 3 kali sehari memuaskan keinginan luar biasanya, dengan meluangkan berjam memakan buih.

Wanita berumur 33 tahun itu , seorang penggunting rambut dari Liverpool berkata,” Apabila pertama kali saya mengandung, Saya seronok memanjakan diri di bilik air dengan losyen yang menenangkan”.

“Saya cuba produk yang lain tetapi ia tidak sesuai sehingga 20 minggu di dalam kandungan saya teringin untuk mula makan buih mandi”.

“Saya mencari Radox Muscle Therapy dan saya tidak boleh mendapat dengan secukupnya”.

“Saya perlu meletakan buih di atas hidung dan menarik nafas”.

“Pengalaman ini, ia menyegarkan dan tidak lama kemudian saya akan mula merasa buih. Bagi beberapa sebab yang pelik , saya suka secara konsisten”.

“Ia satu perasaan yang berahi seperti onani, Ia lebih bagus dari seks”.

Ibu ini perlu menutup mukanya dengan buih dan menyedut wangian sabun ke dalam mulutnya.

Dia memerlukan 2 botol buih sabun mandi Radox seminggu, Zoe cuba menyembunyikan rahsia ketagihan dari tunangnya, Mark Smith, 34 tahun, tetapi pada satu petang dia ditemui dengan muka yang penuh buih di dalam bilik air.

Dia berkata, “Apabila Mark menemuinya sedang memakan buih, saya patut merasa malu tetapi memakan buih sangat menyeronokkan menyebabkan saya tidak kisah apa yang terjadi pada saya”.

Apabila Zoe memberitahu keinginannya yang pelik kepada wanita mengandung yang lain, mereka menyesyorkan dia berjumpa dengan doktor, untuk mengenapasti samada dia menghidap PICA- gangguan makan yang mengaitkan kepada kekurangan zat besi di dalam badan.

Jaid selepas 5 bulan mengandung , dia berjumpa doktor dan mereka melakukan ujian darah.

Keputusan menunjukkan zat besi di dalam badannya normal.

Doktor mengesahkan keinginan pelik Zoe ini tidak memberi kesan buruk pada kandungan bayi di dalam perutnya.

Ketagihan Zoe berlangsung sehingga dia melahirkan anak lelakinya, Indie yang man sekarang sudah memasuki umur 2 tahun.

Sebulan selepas itu, dia merasa buih mandi tetapi dia terkejut, keseronokan yang pelik itu telah hilang.

Zoe berkata, ” Selepas Indie dilahirkan, keinginan itu berhenti serta merta dan apabila saya merasa buih, ia sangatlah teruk. Rasanya sangat menjijikkan.”

“Saya hanya cuba jika saya masih sukakannya, tetapi ia rasa seperti sabun.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s