Kaka pemain paling mahal di MSL

image

Kaka kekal sebagai pemain paling mahal yang di bayar di Major Super League sebanyak lebih USD7 juta dan penjaga gol Amerika, Tim Howard akan di bayar lebih daripada USD2.5 juta setelah kembali ke liga tersebut.

Kaka yang juga bekas pemain bintang AC Milan dan Real Madrid itu, berpendapatan asas USD6.6 juta daripada Orlando City, berdasarkan yang dikeluarkan oleh MSL Player Union. Termasuk dengan pendapatan insentif yang lain, jumlah keseluruhan pendapatan kekal sebagai rekod liga dengan USD 7,167,500.

Pemain Toronto, Sebastian Giovinco adalah pemain paling bernilai pada tahun 2015, mempunyai pendapatan asas USD5.6 juta dan termasuk dengan insentif jumlah keseluruhan pendapatan USD7,115,556. Kapten bagi pasukan Amerika pula, Michael Bradley, di musim ketiga bersama Toronto, dia mempunyai pendapatan asas USD6 juta dan keseluruhan USD6.5 juta.

Tim Howard, penjaga gol utama Amerika pada 2 Piala Dunia yang lepas, telah menyertai Colorado pada bulan hadapan setelah sedekad bersama Everton. Pendapatan asas USD2.1 juta dan keseluruhan USD2.5 juta.

Bekas pemain dan juga lagenda Liverpool, Steven Gerrard mendapat gaji asas sebanyak USD6 juta dan keseluruhan termasuk insentif USD6,132,500.

Bekas pemain Chelsea, Frank Lampard pula yang bermain bersama New York City pada musim ini, berpendapatan USD6 juta. Dia telah mengikut jejak rakan sepasukan Andrea Pirlo ( USD5.6 juta , USD5,915,690) dan David Villa (USD5.61 juta).

23 pemain telah menerima pendapatan keseluruhan USD1 juta dan lebih dan ini menunjukan peningkatan 2 orang daripada senarai tahun lepas.

Pemain Toronto, Jozy Altidore menerima gaji USD4,825,000, diikuti pemain Seattle, Clint Dempsey (USD4,605,942), pemain Los Angeles, Giovani Dos Santos (USD4.25 juta) dan Robbie Keane (USD3.5 juta), pemain Montreal, Didier Drogba (USD2,166,667), pemain Colorado, Shkelzen Gashi (USD1,668,750), pemain Salt Lake, Juan Manuel Martinez (USD1,458,667), pemain Seattle, Nelson Valdez (USD1,455,000), pemain San Jose, Innocent Emeghara (USD1.3 juta), pemain Vancouver, Pedro Morales (USD1,258,900), pemain Portland, Liam Ridgewell (USD1.25 juta), pemain Columbus, Federico Higuain (USD1,175,000), pemain Chicago, Gilberto (USD1,145,000), pemain Colorado, Kevin Doyle (USD1.12 juta) dan pemain New England, Kei Kamara (USD1 juta).

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: