Lenovo Moto G4 Plus dan G4

Akhirnya selepas tertiris Lenovo melancarkan peranti dibawah nama Lenovo Moto yang dulu dikenali Motorola. Syarikat Motorola telah dibeli oleh Lenovo daripada Google. Terdapat 2 variasi peranti yang dilancarkan iaitu Lenovo Moto G4 Plus dan G4. Peranti ini adalah sambungan legasi bagi generasi Moto G.

Lenovo Moto G4 Plus

517201670004PM_635_moto_g4_plus

Peranti ini bukanlah mempunyai spesifikasi tinggi, ia mempunyai skrin 5.5 inci dengan resolusi HD penuh 1080p bersama Corning Gorilla Glass 3. Sistem operasi pula Anroid Mashmallow 6.0. Di bahagian bawah skrin terdapat pengimbas cap jari. Ia mampu membuka peranti dengan hanya mengambil masa 750ms.

Pada bahagian kamera pula disertakan sensor sebesar 16MP dengan fokus hibrid ( Laser + pengesan fasa) dan mampu merekod video resolusi 1080p. Kamera ini menggunakan  Omnivision PureCell Plus sensor dengan 1.3µm pixel dan f2.0 aperture. Terdapat juga fungsi kawalan Pro. Pada kamera hadapan pula mempunyai sensor sebesar 5MP dan 84° lensa lebar.

Telefon pintar ini menggunakan chip pemprosesan Qualcomm siri 6 iaitu Snapdragon 617 lapan teras Cortex-A53 pada kelajuan 1.5Ghz dan grafik Andreno 405 GPU.

Bagi model ini terdapat beberapa variasi untuk memori iaitu 4GB RAM bersama 64GB storan dalaman manakala bagi yang lain 2GB RAM/16GB dan 3GB RAM/32GB storan dalaman.Peranti ini juga menyokong Kad Memori luaran.

Bateri untuk peranti ini sebesar 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Bagi G4 Plus diserta pengecas Turbo yang mampu mengecas 15 minit untuk penggunaa selama 6 jam.

Lenovo Moto G4

moto-g4-10003b5a6yku

Bagi spesifikasi untuk Lenovo Moto G4 pula , tidak terdapat banyak perbezaan antara G4 Plus. Peranti ini mempunyai skrin 5.5 inci dengan resolusi 1080p HD penuh. Menggunakan chip pemprosesan Snapdragon 617 dan bateri sebesar 3000mAh dengan pengecasan pantas tetapi tidak disertakan pengecas Turbo.

Terdapat dua variasi storan dalam iaitu 16GB dan 32GB tetapi dengan hanya 2GB RAM bagi kedua-dua variasi. Menyokong memori kad luaran.

Bagi bahagian kamera disertakan 13MP sensor dengan 1080p rakaman video dan kamera hadapan 5MP sensor dengan lensa lebar yang sama seperti G4 Plus.

Perbezaan peranti ini dengan G4 Plus dan pengimbas cap jari yang tidak disertakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: